Jumaat, 6 Julai 2007

Keputusan Pertandingan SEO Cari Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aduuiihh.. lama plak aku tak update untuk memberitahu keputusannya. Hasilnya ialah aku telah kalah dalam pertandingan ini. Tapi, tak mengapalah kerana saingan semuanya begitu hebat-hebat. Ini juga dapat memberi pengalaman kepada aku.

Ini senarai keputusan keseluruhannya:-
Keputusan

Sabtu, 30 Jun 2007

Pecutan Kejayaan Cari Duit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini adalah mungkin post kali terakhir mengenai cari duit di blog ini. Seperti yang disedia maklum aku tengah bertanding cabaran cari duit yang dianjurkan forum keusahawanan internet wangcyber dan di taja oleh En. Aku, founder Komuniti Trader Malaysia. Malam ini tepat 11.59 cabaran ini akan berakhir.

Cabaran ini adalah tentang blog siapakah yang akan mendapat tempat tertinggi pada keyword cari duit di google. Caranya, taip perkataan cari duit di google.com.my dan lihat blog bertanding manakah yang mendapat tempat tertinggi.

Walaupun diketahui bahawa tujuan sebenar blog ini adalah untuk bertanding, adalah diharapkan anda semua mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Terutama mengenai urusan anda dalam mencari duit tak kira dimanapun dan dengan cara apapun asalkan halal dan betul.

Yang penting sekali seperti yang selalu aku sebutkan di blog ini ialah usaha anda sendiri. Usaha andalah yang akan menentukan kejayaan anda. Kepada umat Islam anda haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh barulah berserah dan redha dengan ketentuann-NYA bukan berserah dahulu tanpa buat usaha yang bersunguh-sungguh.

Oklah, setakat ini sahaja. Mungkin aku akan buat sedikit post ulasan diesok hari mengenai cabaran cari duit ini.

Wassalam.

Selasa, 26 Jun 2007

Cari Duit Sampai Kaya

Sedikit peniup semangat yang aku bagi kali ni. Bak kata pepatah melayu lama, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Aku akan cuba mengaplikasikan pepatah tadi dalam kerja anda untuk cari duit. Kalau anda bebetul nak cari duit, usahakannya sampai anda dapat apa yang anda nak. Janganlah semangat hanya diawal sahaja.

Janganlah bagi memacam alasan, tu maknanya anda dah tak nak lagi berusaha untuk cari duit. Asyik berusaha cari alasan jer. Sibuklah, takde masa....

Kalau anda nak berusahalah dengan segala keupayaan yang ada pada anda. Bukan bagi alasan jer memanjang. Tiada ertinya klau anda buat macamtu. Duit tak dapat, bayang-bayang pun jauh sekali.

Jadi, berusahalah cari duit sampai kaya.

Sabtu, 23 Jun 2007

Nak Cari Duit Kena Tau Banyak Bahasa

Topik kali ini mengenai pengetahuan berbahasa. Aku akan membicarakan sedikit sebanyak mengenai kepentingan bahasa di dalam tugas kita untuk cari duit.

Tahukah anda apabila anda menguasai sesuatu bahasa yang lain daripada kebiasaan yang anda gunakan anda akan memperolehi lebih duit. Ok, dalam kes ini. Anda boleh berbahasa Melayu jadi anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan pelanggan yang berbahasa Melayu seperti anda.

Jika anda belajar bahasa Jepun, maka anda juga boleh cari duit dari kalangan orang yang berbahasa Jepun. Lihat, jikalau anda berkemahiran kedua-dua bahasa ini, anda dapat menjalankan bisnes dan memperolehi keuntungan dari pelanggan yang berkomunikasi daripada kedua-dua bahasa tadi.

Bayangkan jika anda berkemahiran lebih banyak bahasa. Fikirlah betapa senang anda cari duit dengan kemahiran berbahasa anda.

Pesanku, belajarlah banyak bahsa nescaya anda semua boleh cari duit dengan lebih menguntungkan.

Selasa, 19 Jun 2007

Kehebatan Cari Duit

Pernahkah anda berasa diri anda hebat ketika cari duit?

Sepatutnya anda mestilah berasa diri anda hebat dari orang lain. Ini kerana anda berusaha sendiri untuk cari duit secara susah payah dengan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.

Akhirnya anda akan dapat hasil daripada apa yang anda lakukan untuk cari duit. Hasil itulah yang membuktikan anda seorang yang hebat. Bukannya semua orang ada keyakinan untuk cari duit seperti anda. Hanya orang-orang yang hebat sahaja mampu membuktikannya.

Kehebatan anda akan terbukti apabila anda berjaya mendapatkan hasilnya. Hasilnya ialah.. duit yang datang dari suaha anda. Duit itulah antara saksi terpenting bagi membuktikan anda hebat.

sekian motivasi dari aku untuk kali ini.

Jumaat, 15 Jun 2007

Keghairahan Cari Duit

ok...aku tau semua orang ada perasaan ghairah ketika cari duit. Kerana siapa yang tak nak cari duit. Tetapi, janganlah sampai terlalu ghairah hingga mengabaikan beberapa perkara seperti makanan, kesihatan, keperluan badan kita dan beberapa perkara lagi yang lebih berhak untuk kita jaga dan pentingkan.

Kalau keghairahan anda tu hingga menyebabkan anda mengabaikan keperluan penting untuk rohani dan fizikal takde guna juga. Duit boleh dicari. Kesihatan???? bagaimana pula. Kalau anda tak jaga maka kesihatan anda akan merosot dan belum tentu boleh sembuh dengan duit yang banyak.

Pesanan aku kali ini ialah, carilah duit tanpa mengabaikan keperluan diri anda sendiri. Takde gunanya jika duit melambak-lambak tapi keperluan diri tidak dipedulikan. Kerana anda cari duit menggunakan anggota badan anda sendiri.

Kalau kereta selalu diguna untuk ke tempat kerja tapi tak pernah dijaga dan diservis dengan sempurna, kereta itu akan rosak dan anda tidak boleh pergi ke tempat kerja lagi.

Khamis, 14 Jun 2007

Jangan boring ketika cari duit

Tajuk kali ni senang jer...berunsur nasihat yang simple.

Anda semua mestilah menanamkan suatu perasaan keras hati yang amat sangat. Bukan keras hati yang biasa tu...

Keras hati yang aku ingin maksudkan ialah keras hati ketika anda cari duit supaya anda akan sentiasa bersemangat cari duit dan tidak merasakan boring dan hilang semangat.

Kesimpulannya, cari duit mesti keras hati....hehehee