Jumaat, 15 Jun 2007

Keghairahan Cari Duit

ok...aku tau semua orang ada perasaan ghairah ketika cari duit. Kerana siapa yang tak nak cari duit. Tetapi, janganlah sampai terlalu ghairah hingga mengabaikan beberapa perkara seperti makanan, kesihatan, keperluan badan kita dan beberapa perkara lagi yang lebih berhak untuk kita jaga dan pentingkan.

Kalau keghairahan anda tu hingga menyebabkan anda mengabaikan keperluan penting untuk rohani dan fizikal takde guna juga. Duit boleh dicari. Kesihatan???? bagaimana pula. Kalau anda tak jaga maka kesihatan anda akan merosot dan belum tentu boleh sembuh dengan duit yang banyak.

Pesanan aku kali ini ialah, carilah duit tanpa mengabaikan keperluan diri anda sendiri. Takde gunanya jika duit melambak-lambak tapi keperluan diri tidak dipedulikan. Kerana anda cari duit menggunakan anggota badan anda sendiri.

Kalau kereta selalu diguna untuk ke tempat kerja tapi tak pernah dijaga dan diservis dengan sempurna, kereta itu akan rosak dan anda tidak boleh pergi ke tempat kerja lagi.

Tiada ulasan: