Sabtu, 30 Jun 2007

Pecutan Kejayaan Cari Duit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini adalah mungkin post kali terakhir mengenai cari duit di blog ini. Seperti yang disedia maklum aku tengah bertanding cabaran cari duit yang dianjurkan forum keusahawanan internet wangcyber dan di taja oleh En. Aku, founder Komuniti Trader Malaysia. Malam ini tepat 11.59 cabaran ini akan berakhir.

Cabaran ini adalah tentang blog siapakah yang akan mendapat tempat tertinggi pada keyword cari duit di google. Caranya, taip perkataan cari duit di google.com.my dan lihat blog bertanding manakah yang mendapat tempat tertinggi.

Walaupun diketahui bahawa tujuan sebenar blog ini adalah untuk bertanding, adalah diharapkan anda semua mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Terutama mengenai urusan anda dalam mencari duit tak kira dimanapun dan dengan cara apapun asalkan halal dan betul.

Yang penting sekali seperti yang selalu aku sebutkan di blog ini ialah usaha anda sendiri. Usaha andalah yang akan menentukan kejayaan anda. Kepada umat Islam anda haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh barulah berserah dan redha dengan ketentuann-NYA bukan berserah dahulu tanpa buat usaha yang bersunguh-sungguh.

Oklah, setakat ini sahaja. Mungkin aku akan buat sedikit post ulasan diesok hari mengenai cabaran cari duit ini.

Wassalam.

Selasa, 26 Jun 2007

Cari Duit Sampai Kaya

Sedikit peniup semangat yang aku bagi kali ni. Bak kata pepatah melayu lama, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Aku akan cuba mengaplikasikan pepatah tadi dalam kerja anda untuk cari duit. Kalau anda bebetul nak cari duit, usahakannya sampai anda dapat apa yang anda nak. Janganlah semangat hanya diawal sahaja.

Janganlah bagi memacam alasan, tu maknanya anda dah tak nak lagi berusaha untuk cari duit. Asyik berusaha cari alasan jer. Sibuklah, takde masa....

Kalau anda nak berusahalah dengan segala keupayaan yang ada pada anda. Bukan bagi alasan jer memanjang. Tiada ertinya klau anda buat macamtu. Duit tak dapat, bayang-bayang pun jauh sekali.

Jadi, berusahalah cari duit sampai kaya.

Sabtu, 23 Jun 2007

Nak Cari Duit Kena Tau Banyak Bahasa

Topik kali ini mengenai pengetahuan berbahasa. Aku akan membicarakan sedikit sebanyak mengenai kepentingan bahasa di dalam tugas kita untuk cari duit.

Tahukah anda apabila anda menguasai sesuatu bahasa yang lain daripada kebiasaan yang anda gunakan anda akan memperolehi lebih duit. Ok, dalam kes ini. Anda boleh berbahasa Melayu jadi anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan pelanggan yang berbahasa Melayu seperti anda.

Jika anda belajar bahasa Jepun, maka anda juga boleh cari duit dari kalangan orang yang berbahasa Jepun. Lihat, jikalau anda berkemahiran kedua-dua bahasa ini, anda dapat menjalankan bisnes dan memperolehi keuntungan dari pelanggan yang berkomunikasi daripada kedua-dua bahasa tadi.

Bayangkan jika anda berkemahiran lebih banyak bahasa. Fikirlah betapa senang anda cari duit dengan kemahiran berbahasa anda.

Pesanku, belajarlah banyak bahsa nescaya anda semua boleh cari duit dengan lebih menguntungkan.

Selasa, 19 Jun 2007

Kehebatan Cari Duit

Pernahkah anda berasa diri anda hebat ketika cari duit?

Sepatutnya anda mestilah berasa diri anda hebat dari orang lain. Ini kerana anda berusaha sendiri untuk cari duit secara susah payah dengan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.

Akhirnya anda akan dapat hasil daripada apa yang anda lakukan untuk cari duit. Hasil itulah yang membuktikan anda seorang yang hebat. Bukannya semua orang ada keyakinan untuk cari duit seperti anda. Hanya orang-orang yang hebat sahaja mampu membuktikannya.

Kehebatan anda akan terbukti apabila anda berjaya mendapatkan hasilnya. Hasilnya ialah.. duit yang datang dari suaha anda. Duit itulah antara saksi terpenting bagi membuktikan anda hebat.

sekian motivasi dari aku untuk kali ini.

Jumaat, 15 Jun 2007

Keghairahan Cari Duit

ok...aku tau semua orang ada perasaan ghairah ketika cari duit. Kerana siapa yang tak nak cari duit. Tetapi, janganlah sampai terlalu ghairah hingga mengabaikan beberapa perkara seperti makanan, kesihatan, keperluan badan kita dan beberapa perkara lagi yang lebih berhak untuk kita jaga dan pentingkan.

Kalau keghairahan anda tu hingga menyebabkan anda mengabaikan keperluan penting untuk rohani dan fizikal takde guna juga. Duit boleh dicari. Kesihatan???? bagaimana pula. Kalau anda tak jaga maka kesihatan anda akan merosot dan belum tentu boleh sembuh dengan duit yang banyak.

Pesanan aku kali ini ialah, carilah duit tanpa mengabaikan keperluan diri anda sendiri. Takde gunanya jika duit melambak-lambak tapi keperluan diri tidak dipedulikan. Kerana anda cari duit menggunakan anggota badan anda sendiri.

Kalau kereta selalu diguna untuk ke tempat kerja tapi tak pernah dijaga dan diservis dengan sempurna, kereta itu akan rosak dan anda tidak boleh pergi ke tempat kerja lagi.

Khamis, 14 Jun 2007

Jangan boring ketika cari duit

Tajuk kali ni senang jer...berunsur nasihat yang simple.

Anda semua mestilah menanamkan suatu perasaan keras hati yang amat sangat. Bukan keras hati yang biasa tu...

Keras hati yang aku ingin maksudkan ialah keras hati ketika anda cari duit supaya anda akan sentiasa bersemangat cari duit dan tidak merasakan boring dan hilang semangat.

Kesimpulannya, cari duit mesti keras hati....hehehee

Isnin, 11 Jun 2007

Mencari Kepalsuan Pada Duit

Di zaman moden terdapat banyak peralatan yang direka untuk mencipata duit palsu. Jadi, di dalam urusan cari duit hendaklah kita berhati-hati supaya tidak menggunakan duit palsu atau jika anda tetap menggunakannya juga anda memang cari pasal.

Lagipun, ia akan menjadikan supaya rezeki kita menjadi lebih berkat dan moga mendapat limpah nikmat daripada kurnian-NYA dengan mencari duit yang halal.

Jika anda mengesyaki seseorang telah memberi wang palsu Malaysia kepada anda. Ini adalah tindakan yang sepatutnya:-


MATA WANG PALSU: APA TINDAKAN ANDA?

Ketika kita sibuk cari duit tidak kira dalam apa bidang pun janganlah berurusan dengan duit palsu.

Sabtu, 9 Jun 2007

Bahaya Cari Duit

Cari duit pun ada bahayanya jika kita tersilap langkah.

Ada beberapa langkah yang merbahaya yang patut kita elakkan dalam mencari duit.
Antaranya ialah:-

1. Melakukan pinjaman bank dengan banyak
2. Tidak merancang dahulu sebelum membuat sesuatu perkara.
3. Membelanjakan duit kita dengan banyak tanpa pengurusan kewangan yang betul.

...dan banyak lagi. Aku pun tak tau nak tulis apa disebabkan aku bukanlah pakar kewangan. Untuk mengelakkan sebarang bahaya yang datang pastikan anda mempelajari pengurusan kewangan yang betul.

Akhir kata.... berhati-hatilah dalam urusan kewangan anda. Kalau tidak, anda hanya cari nahas ketika cari duit .

Jumaat, 8 Jun 2007

Duit Cari Kita

Kalini post aku pun tetap pelik sikit. Sebenarnya duit pun boleh cari kita. Tak semestinya kita yang cari duit.

Oklah..terus kepada pointnya.

Duit boleh mencari kita sekiranya kita menghargai usaha kita dan tak pernah putus asa dalam berusaha. Samapai suatu masa nanti duit pula yang akan cari kita.

Itulah sebab ramai yang kuat berusaha dan tidak putus asa akan menerima duit yang banyak dan seterusnya menjadi kaya.

Jadi, kita boleh cari duit dan duit juga boleh cari kita.

Rabu, 6 Jun 2007

Cari Duit Sambil Bersedekah

Dalam kita sibuk mencari duit alangkah baiknya sebahagian duit kita didermakan kepada orang benar-benar berhak.

Ianya amalan yang sangat dituntut dalam agama. Lagipun bersedekah ni bermaksud lebih kurang menyucikan harta benda kita. Mana tau kan...

Janganlah kita memikirkan diri sendiri sahaja....
Ramai lagi yg jauh lebih susah dari kita yang sangat memerlukan duit kerana mereka mungkin tak mampu untuk cari duit.

Kita yang ada kudrat yang kuat ni tolonglah orang yang lemah.
Ianya mampun menguatkan ekonomi sesama negara. Takdelah wujud jurang kekayaan yang tinggi.

Akhir kata.. dikala kita sibuk tercari-cari duit.... bagilah sebahagian duit yang kita cari tu untuk amal kebajikan.

Takkan berkurangannya pun duit yang kita cari.

Selasa, 5 Jun 2007

Cari Duit di Tengah Malam

HAhahhahaaa.....
Memandangkan aku buat post ni hampir tengah malam.. maka tajuk pun menjadi kepada Cari Duit di Tengah Malam.

Percayakah anda di ketika semua tengah tidur nyenyak kita sebenarnya boleh cari duit. Apa?? cari duit malam-malam buta. Gile per...

Kenapa tak boleh? Sedangkan ramai yang yang boleh cari duit di tengah malam seperti pekerja kilang(shif malam), guard dan pelbagai lagi kerja.

Tetapi ada lagi satu kerja yang boleh mendatangkan duit secara automatik kepada kita tanpa perlu kita berjaga di tengah malam. Wooiii...ko pakai jin kerr..????

huhuu..rileks. Tidak Benda haram tu. Dosa...

Pekerjaannya ialah Usahawan Internet. Kita cari duit dengan melakukan perniagaan secara online. Semuanya dilakukan oleh komputer. Pelanggan hanya perlu memasukkan data2 yang patut di website anda dan secara automatiknya akan berlaku satu proses jual-beli automatik.

Duit akan terus berpindah milik ke account bank anda.

Haa....kan senang tu. Kita cari duit di kala tidur tak sedar diri.

Isnin, 4 Jun 2007

Cari Duit Yang Hilang

Harini post aku sedikit merepek. Anda pernah mengalami kehilangan duit dan tak tau nak cari dimana. Sudah pelbagai tempat anda cari duit tapi masih juga tidak ketemu.

Tanya orang, sisat sendiri apa yang anda buat dan berada di mana di waktu detik-detik sebelum duit anda hilang, patah balik perjalanan anda secara rewind di jalan yang anda lalui sebentar tadi, malahan berdoa kepada Tuhan dan pelbagai lagi cara sudah anda cuba untuk cari duit. Tapi tetap buntu juga.

Kerana bagi anda yang mengalami situasi begini memang boleh merungsingkan fikiran anda dan terasa hidup seperti tak sempurna.

Itulah gunanya duit yang banyak. Jika anda ada duit yang banyak mungkin anda takkan runsing sangat. Itulah gunanya berusaha cari duit demi kesenangan hidup anda juga.

Jadi.. berusahalah cari duit demi kesenangan anda daripada cari duit yang hilang dan tak mungkin ketemu lagi.

Ahad, 3 Jun 2007

Cari Duit di Internet

Hari ni kita bercerita cara cari duit di internet.

haaa...???? cari duit di internet. Biar betul...!!!

Yaaa...memang betul kita boleh cari duit di internet.Tapi kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan tentang dunia internet dan selok belok tentang fungsinya. Ok...aku malas nak bercerita pasal tu.. anda boleh cari segala maklumatnya di Wikipedia.

Ada pelbagai jenis perniagaan internet yang boleh mendatangkan duit kepada kita.

Antara jenis perniagaan yang boleh di lakukan di internet ialah:-

Perkhidmatan

  • Designer Grafik
  • Buat website
  • dan lain-lain perkhidmatan yang boleh kita tawarkan kepada pelanggan berasaskan teknologi internet
Produk Fizikal dan Digital
Fizikal:-
  • Barangan elektrik
  • Perkakasan
  • Basikal
  • Wau
  • Dan lain-lain barangan ang boleh kita dagangkan melalui internet
Digital:-
  • Menjual software
  • Jual CD
  • Jual ebook
  • Jual Video
  • Dan lain-lain barangan yang pelanggan boleh dapatkan terus daripada website anda secara download atau pos.
Lihat...memang kita boleh cari duit di internet.

Antara salah satu caranya ialah kita mestilah ada website sendiri. Aku malas nak cerita panjang-panjang.... banyak info sebegini korang boleh dapatkan di wangcyber.

ok...jumpa lagi di artikel yang akan datang.

Dimana Duit Boleh Dicari? Bhg.2

okey..kita sambung daripada artikel sebelum ni.

Berniaga mengikut kebolehan diri kita? camne tu..??
Ok..kenal pasti dahulu potensi diri anda. Jika anda minat pada wau. Dan mempunyai kebolehan, kemahiran, dan pengetahuan tinggi tentang wau. Maka. jadikanlah wau sebagai bisnes untuk anda cari duit. Tak jelas??

Kita boleh buka perniagaan kecil-kecilan dahulu seperti memberitau rakan tentang kebolehan anda. Rakan anda pasti tertarik kerana gaya percakapan anda sudah tentu membuatkan mereka terpegun dek kerana pengetahuan anda yang tinggi tentang wau. Jadi di situ lancarkanlah misi cari duit anda daripada mereka. Mesti tersangkut punyalah...

Memandangkan kita sudah berada di zaman serba moden dilengkapi dengan teknologi komunikasi yang canggih, apakata kita eksploitasikan teknologi ini untuk misi cari duit anda.

wuuiihh..... apa bende yang ko merepek ni??
ish.. aku tak merepek. Kita sekarang mempunyai teknologi internet yang serba canggih dan laju. Sebenarnya internet juga boleh memberikan pulangan yang tinggi ke atas bisnes kita. Kita juga boleh mencari duit dengan lebih mudah menggunakan teknologi internet.

Baiklah bersambung di episod yang baru pula...

Sabtu, 2 Jun 2007

Di mana Duit Boleh Dicari?

Kali ini kita bersembang tentang di mana hendak cari duit?

Duit boleh dicari dimana-mana sekalipun hinggakan di dalam longkang. Gurau jer...
Kita boleh melakukan pelbagai pekerjaan untuk cari duit bagi menampung kehidupan sendiri. Kita hendaklah bekerja. Bukan dengan meminta-minta. Kerana kita mempunyai keupayaan kudrat yang kuat untuk mencari duit.

Ada pelbagai jenis pekerjaan di duinia ini daripada penyapu sampah, operator kilang, posmen, kerani hinggalah kepada pengurus syarikat, pilot dan bos kepada sesebuah organisasi. semua pekerjaan tadi boleh mendatangkan duit kepada kita. Tapi masalahnya bukan semua pekerjaan sesuai untuk kita. Kita mestilah melihat dari pelbagai aspek terlebih dahulu. Takkan belajar tahap PMR nak jadi pilot.

Jadi bukan semua pekerjaan kita boleh cari duit. Kita mestilah memilih yang sesuai dengan diri kita dan juga mampu mendatangkan pulangan yang maksimum kepada diri kita. Bagaimana nak cari duit pakai cara tu.???

Kita mestilah ada perancangan dalam menjayakan misi cari duit kita tu. Antaranya dengan memulakan perniagaan sendiri dan berniaga mengenai apa kebolehan kita. tapi bukan semua dapat cari duit dengan cara tu..

Oklah dulu..kita bersambung.......

Kenapa Kita Mesti Cari Duit?

Ok.. saya mulakan dengan post pertama untuk cabaran ini.

Kenapa kita mesti cari duit? Sudah menjadi lumrah manusia untuk hidup di dunia menggunakan duit untuk pelbagai perkara. Semua benda di dunia ini perlukan duit. Sama ada dari segi perkhidmatan, barang harian, pakaian, barang-barang kehendak, makanan dan pelbagai keperluan asas hatta nak asuk tandas pun perlukan duit.

Cuba bayangkan kehidupan manusia yang tak cukup duit hidupnya penuh kesempitan, terasa serba kekurangan dan hanya mampu memandang sahaja keinginannya itu. Adakah kita perlu hidup sebegitu rupa? sudah tentu tidak. Sebab itulah kita mesti berusaha mencari duit.

Sedangkan dalam agama pun sudah mengatakan kemiskinan boleh menghampirkan diri kepada kekufuran.

jadi... nak tak nak kita mesti berusaha untuk cari duit demi keselesaan kita sendiri asalkan dengan cara yang halal.

Cabaran Seo Cari Duit

Pengenalan Cabaran Cari Duit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tentu ada yang tertanya-tanya kenapakah blog ini di cipta. Sebenarnya blog ini dicipta oleh sebab saya ingin memasuki cabaran seo cari duit yang dianjurkan oleh forum Wangcyber dan En.Aku founder Buysignal selaku penaja. Lihat sidebar disebelah kanan untuk info cabaran cari duit dengan lebih lanjut.

Apakah itu cabaran Seo Cari Duit?
Cabaran Seo Cari Duit ini ialah cabaran kepada pesertanya untuk menjadikan blog mereka mendapat tempat paling tertinggi dalam carian cari duit di Google.

Apakah yang akan terdapat dalam blog ini untuk cabaran Cari Duit?
Saya akan sedaya upaya menulis pelbagai info mengenai cari duit sama ada bagaimana cari duit, kenapakah kita mesti cari duit, cari duit secara halal, rintangan yang terpaksa dihadapi untuk cari duit, persiapan yang diperlukan untuk cari duit, informasi terkini mengenai cari duit, dan pelbagai kisah cari duit. Semuanya mengenai cari duit, cari duit dan cari duit. Itu saja.

Katakan Nak Kepada Cari Duit