Sabtu, 30 Jun 2007

Pecutan Kejayaan Cari Duit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini adalah mungkin post kali terakhir mengenai cari duit di blog ini. Seperti yang disedia maklum aku tengah bertanding cabaran cari duit yang dianjurkan forum keusahawanan internet wangcyber dan di taja oleh En. Aku, founder Komuniti Trader Malaysia. Malam ini tepat 11.59 cabaran ini akan berakhir.

Cabaran ini adalah tentang blog siapakah yang akan mendapat tempat tertinggi pada keyword cari duit di google. Caranya, taip perkataan cari duit di google.com.my dan lihat blog bertanding manakah yang mendapat tempat tertinggi.

Walaupun diketahui bahawa tujuan sebenar blog ini adalah untuk bertanding, adalah diharapkan anda semua mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini. Terutama mengenai urusan anda dalam mencari duit tak kira dimanapun dan dengan cara apapun asalkan halal dan betul.

Yang penting sekali seperti yang selalu aku sebutkan di blog ini ialah usaha anda sendiri. Usaha andalah yang akan menentukan kejayaan anda. Kepada umat Islam anda haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh barulah berserah dan redha dengan ketentuann-NYA bukan berserah dahulu tanpa buat usaha yang bersunguh-sungguh.

Oklah, setakat ini sahaja. Mungkin aku akan buat sedikit post ulasan diesok hari mengenai cabaran cari duit ini.

Wassalam.

Tiada ulasan: