Ahad, 3 Jun 2007

Dimana Duit Boleh Dicari? Bhg.2

okey..kita sambung daripada artikel sebelum ni.

Berniaga mengikut kebolehan diri kita? camne tu..??
Ok..kenal pasti dahulu potensi diri anda. Jika anda minat pada wau. Dan mempunyai kebolehan, kemahiran, dan pengetahuan tinggi tentang wau. Maka. jadikanlah wau sebagai bisnes untuk anda cari duit. Tak jelas??

Kita boleh buka perniagaan kecil-kecilan dahulu seperti memberitau rakan tentang kebolehan anda. Rakan anda pasti tertarik kerana gaya percakapan anda sudah tentu membuatkan mereka terpegun dek kerana pengetahuan anda yang tinggi tentang wau. Jadi di situ lancarkanlah misi cari duit anda daripada mereka. Mesti tersangkut punyalah...

Memandangkan kita sudah berada di zaman serba moden dilengkapi dengan teknologi komunikasi yang canggih, apakata kita eksploitasikan teknologi ini untuk misi cari duit anda.

wuuiihh..... apa bende yang ko merepek ni??
ish.. aku tak merepek. Kita sekarang mempunyai teknologi internet yang serba canggih dan laju. Sebenarnya internet juga boleh memberikan pulangan yang tinggi ke atas bisnes kita. Kita juga boleh mencari duit dengan lebih mudah menggunakan teknologi internet.

Baiklah bersambung di episod yang baru pula...

Tiada ulasan: