Isnin, 4 Jun 2007

Cari Duit Yang Hilang

Harini post aku sedikit merepek. Anda pernah mengalami kehilangan duit dan tak tau nak cari dimana. Sudah pelbagai tempat anda cari duit tapi masih juga tidak ketemu.

Tanya orang, sisat sendiri apa yang anda buat dan berada di mana di waktu detik-detik sebelum duit anda hilang, patah balik perjalanan anda secara rewind di jalan yang anda lalui sebentar tadi, malahan berdoa kepada Tuhan dan pelbagai lagi cara sudah anda cuba untuk cari duit. Tapi tetap buntu juga.

Kerana bagi anda yang mengalami situasi begini memang boleh merungsingkan fikiran anda dan terasa hidup seperti tak sempurna.

Itulah gunanya duit yang banyak. Jika anda ada duit yang banyak mungkin anda takkan runsing sangat. Itulah gunanya berusaha cari duit demi kesenangan hidup anda juga.

Jadi.. berusahalah cari duit demi kesenangan anda daripada cari duit yang hilang dan tak mungkin ketemu lagi.

Tiada ulasan: