Sabtu, 2 Jun 2007

Kenapa Kita Mesti Cari Duit?

Ok.. saya mulakan dengan post pertama untuk cabaran ini.

Kenapa kita mesti cari duit? Sudah menjadi lumrah manusia untuk hidup di dunia menggunakan duit untuk pelbagai perkara. Semua benda di dunia ini perlukan duit. Sama ada dari segi perkhidmatan, barang harian, pakaian, barang-barang kehendak, makanan dan pelbagai keperluan asas hatta nak asuk tandas pun perlukan duit.

Cuba bayangkan kehidupan manusia yang tak cukup duit hidupnya penuh kesempitan, terasa serba kekurangan dan hanya mampu memandang sahaja keinginannya itu. Adakah kita perlu hidup sebegitu rupa? sudah tentu tidak. Sebab itulah kita mesti berusaha mencari duit.

Sedangkan dalam agama pun sudah mengatakan kemiskinan boleh menghampirkan diri kepada kekufuran.

jadi... nak tak nak kita mesti berusaha untuk cari duit demi keselesaan kita sendiri asalkan dengan cara yang halal.

Tiada ulasan: